YADIM Pahang santuni pemandu teksi dan kereta sewa Kuantan

KUANTAN – Pemandu teksi dan kereta sewa adalah antara kumpulan yang teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Menyedari hakikat tersebut, pada 24 Februari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang tampil menyantuni anggota Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Daerah Kuantan di pejabat mereka berdekatan bangunan UTC dan Stadium Darul Makmur di […]

Sukarelawan YADIM agih bantuan di Alor Limbat

MARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 22 Februari telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada para penoreh getah di sini.   Seramai 30 keluarga menerima sumbangan berkenaan. Gimik penyerahan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman.   Mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul […]

Musaadah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

TUMPAT – Selepas Bachok dan Kota Bharu, hari ini (17 Februari) giliran para pemandu bas sekolah di kawasan ini dan Tanah Merah menerima bantuan menerusi program Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Agihan pertama dilakukan di Pantai Geting di sini apabila seramai 22 pemandu disantuni menerusi pemberian barangan […]

Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah

HULU TERENGGANU – Dengan Covid-19 yang masih menular, kehidupan golongan B40 di kawasan ini nyata sukar. Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah di kawasan ini. Pada 11 Februari, sebanyak 15 keluarga penoreh disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni adalah dari Kampung […]

YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu

PENGKALAN BERANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turut tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf di negeri ini yang memerlukan pembelaan serta terkesan dengan penularan Covid-19. Empat kawasan di santuni hari ini (10 Februari) iaitu di Pengkalan Berangan, Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Di Pengkalan Berangan sebanyak 30 keluarga penoreh getah menerima sumbangan […]

Musaádah peniaga kecil YADIM Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Seramai 70 peniaga kecil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak dan DUN Gurun di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menerusi program YADIM Peduli: Musaadah Peniaga dan Penjaja Kecil. Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria mewakili badan dakwah ini dalam acara ringkas penyampaian. Hadir sama ialah Ahli […]

Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Februari melancarkan misi Musaádah Covid-19 2.0 di Dataran Blok A Kompleks Pusat Islam bagi menyantuni petugas barisan hadapan, sekolah dan mangsa banjir. Petugas barisan hadapan yang disantuni ialah kakitangan Hospital Putrajaya, anggota polis, anggota bomba serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Turut disantuni ialah pelajar Sekolah Menengah […]

YADIM Peduli di Sik dan Jerai

SIK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 28 Januari telah mengadakan inisiatif YADIM Peduli di Parlimen Sik dan Jerai. Di Kampung Chemara dan Kerawai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, sebanyak 40 orang asnaf disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jeneri dan rakan badan bukan […]

YADIM Kelantan bantu pasangan warga emas tukang urut

KETEREH – Cakna dengan nasib sepasang warga emas di Kampung Talang di sini yang memerlukan perhatian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 26 Januari segera tampil menyantuni mereka. Diwakili Pengarahnya, Mahadi Awang serta pegawai badan dakwah ini, YADIM Kelantan menyumbang RM1,000 serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban pasangan berkenaan. Hadir sama ketika acara […]

YADIM Peduli di Kampung Takulung dan Kebidahan

KOTA BELUD – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan, ramai keluarga khususnya golongn B40 yang terkesan dengan pelaksanaannya dan memerlukan pembelaan segera. Prihatin dengan keadaan tersebut pada 26 Januari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menempuh perjalanan sejauh 110 kilometer yang mengambil masa tiga jam untuk mengadakan agihan bakul makanan menerusi program YADIM Peduli […]