Home » Citra Yadim » Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM

Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Februari melancarkan misi Musaádah Covid-19 2.0 di Dataran Blok A Kompleks Pusat Islam bagi menyantuni petugas barisan hadapan, sekolah dan mangsa banjir.

Petugas barisan hadapan yang disantuni ialah kakitangan Hospital Putrajaya, anggota polis, anggota bomba serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Turut disantuni ialah pelajar Sekolah Menengah Islam Puchong dan mangsa banjir di Pahang.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM serta wakil wakil penerima sumbangan.

Antara yang disumbangkan untuk petugas barisan hadapan ialah 400 set Makanan Sedia Dimakan YADIM (Meals Ready To Eat) dan 100 kotak air mineral.

Sekolah Menengah Islam Puchong pula menerima satu 1 set penapis air, 80 set pelindung muka dan 80 kotak kurma.

Mangsa banjir Pahang pula menerima sebanyak 100 set barangan keperluan asas yang terus dihantar kepada mereka pada 2 Februari.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *