Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Kampung Takulung dan Kebidahan

YADIM Peduli di Kampung Takulung dan Kebidahan

KOTA BELUD – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan, ramai keluarga khususnya golongn B40 yang terkesan dengan pelaksanaannya dan memerlukan pembelaan segera.

Prihatin dengan keadaan tersebut pada 26 Januari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menempuh perjalanan sejauh 110 kilometer yang mengambil masa tiga jam untuk mengadakan agihan bakul makanan menerusi program YADIM Peduli ke Kampung Takulung dan Kampung Kebidahan di sini.

Penat lelah menempuh perjalanan jauh hilang, sebaliknya timbul rasa puas melihat penduduk kampung yang gembira menerima sumbangan ini.

Mereka mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan dan mengharapkan program seperti ini akan diteruskan selepas Covid-19 pulih.

Di Kampung Takulung, program ini memberi manfaat kepada seramai 32 keluarga manakala di Kampung Kebidahan seramai 18 keluarga disantuni.

Sumbangan bagi membantu golongan B40 ini disampaikan termasuk kepada keluarga bukan Muslim yang tinggal di kawasan tersebut.

Mewakili YADIM Sabah bagi program ini ialah Penolong Pengarahnya, Ustaz Ramlee Daud.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *