Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Sik dan Jerai

YADIM Peduli di Sik dan Jerai

SIK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 28 Januari telah mengadakan inisiatif YADIM Peduli di Parlimen Sik dan Jerai.

Di Kampung Chemara dan Kerawai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, sebanyak 40 orang asnaf disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Ia diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jeneri dan rakan badan bukan kerajaan Darul Aman Care. Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abd Rahman hadir sama dalam program ini.

Darul Aman Care turut serta sekali lagi di Parlimen Jerai kemudiannya dengan penglibatan Al Faizin Care menyampaikan sumbangan kepada guru -guru dan Kakitangan Pondok At Taqwa dan Sekolah Menengah Integrasi At Taqwa, di Kampung Sungai Bongkok, Gurun.

Sumbangan kali ini berbentuk wang tunai, barangan keperluan makanan dan peralatan untuk menjalankan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah secara atas talian.

Turut hadir ke majlis ini Ust Mohamad Ismail, Pengerusi Pondok At Taqwa.

Seterusnya YADIM Kedah menyantuni masyarakat di DUN Gurun bersama Jabatan Perpaduan Negara, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai, Darul Aman Care dan Al Faizin Care.

Sebanyak 40 kit sumbangan barangan makanan diedarkan kepada penerima yang terdiri dari golongan asnaf, B40, ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik di Kampung Batu 3, Kampung Batu 4, Kampung Batu 5, Taman Ria Mesra 2, Pinggiran Taman Permai Utama, Sungai Lembu dan Kampung Bukit Kuang.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit, Ahli Parlimen Jerai. Turut hadir bersama Ust Mohd Aizat Zakaria, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Mohd Fakhzan Nasir, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Muda, Pengerusi Al Faizin Care Ustaz Yaziz Abd Hamid dan Wakil Darul Aman Care Ustaz Md. Shukri Sawai.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *