Mesyuarat khas MKN bincang solat berjemaah

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan isu solat berjemaah di masjid. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diputuskan kerana membabitkan isu besar berkaitan agama. Katanya dalam mesyuarat hari ini, Menteri di […]

PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]

COVID-19: Jangan panik, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR – “Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang.” Demikian nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 di dalam negara pada 16 Mac. Beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara itu adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat. […]

Muhyiddin dilantik PM ke-8

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini (29 Februari) berkenan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan. Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan […]

YADIM perlu main peranan utama lahirkan pendakwah – Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) perlu memainkan peranan utama ke arah melahirkan pendakwah dan umat Islam yang menjadi model ikutan kepada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memberikan segala sokongan dan dokongan kepada YADIM untuk menggerakkan usaha dakwah melatih umat Islam di Malaysia […]

Ucapan Khas YAB Perdana Menteri di MUAT 2019

PUTRAJAYA – Penganjuran Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT) 2019 mendapat suntikan moral serta lonjakan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan persetujuan untuk hadir. Tambah menarik apabila beliau turut dijadualkan untuk menyampaikan Ucapan Khas di majlis penangguhan pada 19 November nanti. Tun Mahathir juga akan menerima resolusi MUAT yang akan disampaikan […]

Di mana khilafnya Rahmatan Lil Alamin?

Berita bertajuk “Jakim perlu betulkan konsep Rahmatan lil Alamin” yang dipetik daripada salah satu resolusi Kluster Agama Persidangan Meja Bulat pada 23 dan 24 September 2019 di Hotel Tenera Bangi adalah dirujuk. Merujuk kepada teks asal ucapan berhubung desakan dan tuntutan yang menyatakan bahawa “Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah memperbetulkan konsep Rahmatan Lil Alamin […]

Polis siasat Dong Zong

SHAH ALAM – Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima berkaitan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga kini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung persatuan terbabit. Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan akan […]

Jangan melenting apabila ditegur

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penjawat awam supaya tidak melenting apabila ditegur, sebaliknya mencari jalan untuk memperbetulkan perkara terbabit jika ia berasas. Perdana Menteri berkata, kebelakangan ini, beliau membaca laporan dalam akhbar mengenai mutu perkhidmatan penjawat awam yang tidak efisien seperti dahulu dan perlu diberikan perhatian. “Bila kita ditegur, jangan melenting tetapi ambil […]

Tak perlu teruskan persidangan promosi LGBT

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan bersesuaian terhadap penganjuran persidangan mempromosi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara, Oktober depan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian tegas bahawa program berkenaan tidak perlu diteruskan, memandangkan ia tidak mempunyai rakan […]