Home » Langit Terbuka » Konsep Madani jadi garis panduan mengemudi negara

Konsep Madani jadi garis panduan mengemudi negara

Perdana Menteri ketika berucap menyampai amanat Membangun Malaysia Madani, di Putrajaya. - Foto NSTP

PUTRAJAYA – Pendekatan konsep Madani akan menjadi tunjang dan garis panduan dalam mengemudi negara sebagai hala tuju Kerajaan Perpaduan pada tahun ini dan mendatang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dirangkul peradaban yang dicitakan.

Ia ditakrifkan dengan sebuah konsep mapan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, punyai keyakinan dan bersifat Ihsan.

Menurut beliau, dalam dunia yang serba tidak menentu, ditandai dengan kerumitan percanggahan, kekacauan dan keserentakan, suatu kerangka strategik yang komprehensif harus dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pascanormal.

“Pertumbuhan dan pengembangan perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas yakni ekonomi manusiawi mengutamakan keperluan rakyat.

“Khususnya, yang miskin dan terpinggir, yang membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal, yang membiak ketidaksamaan kekayaan dan ketidaksamaan taraf hidup,” katanya dalam amanat Membangun Malaysia Madani, di sini pada 19 Januari. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *