Home » Langit Terbuka » PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas

PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas

Pusat Zakat seluruh negara perlu proaktif menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ujar Perdana Menteri. - Foto MRI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf.

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan media sosial pada 25 Mac. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *