Dr M ingatkan rakyat jaga sensitiviti kaum menerusi video Hari Merdeka

  PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, sebuah rakaman video yang dimuat naik memperlihatkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersiar-siar secara berseorangan di sebuah taman dan kemudiannya disapa sekumpulan remaja. Dalam rakaman berkenaan, Mahathir dilihat secara santai memberikan pandangannya dalam isu membabitkan hari kemerdekaan, menjawab soalan diajukan remaja terbabit “Bila kita merdeka, kita […]

‘Jangan serah masa depan negara kepada ekstremis kaum, agama’

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak menyerahkan masa depan negara kepada ekstremis kaum dan agama. Menurut baginda, setiap kaum perlu menghargai dan menghormati di antara satu sama lain. “Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama […]

Umat Islam diseru bersatu padu

Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Walillahhilhamd Syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah rahmatnya yang tidak terhitung, kita dikurniakan kesempatan untuk meraikan satu lagi hari besar umat islam iaitu Hari Raya Eid’ul Adha 1440H. Menginsafi makna pengorbanan dalam menjalankan perintah Allah seperti kisah Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS. Namun di atas berkat kesabarannya […]

Aidilfitri sebagai jambatan perpaduan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’aya­tuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjung-mengunjung boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh kepada rakyat Malaysia. Seri Paduka bertitah, sesuai dengan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama, kedatangan Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat […]

Keamanan negara nikmat yang besar – Dr Mahathir

JERLUN – Keamanan yang dikecapi negara hari ini adalah satu nikmat yang begitu besar, namun ia mungkin tidak disedari segelintir rakyat kerana menganggapnya sebagai perkara biasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata keadaan itu sebenarnya bukanlah perkara biasa kerana keamanan itu wujud disebabkan rakyat negara ini tidak bermusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku […]

Kukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian agama

KUALA LUMPUR – Kepelbagaian agama yang terdapat di Malaysia harus digunakan sebaiknya bagi mengeratkan lagi perpaduan antara semua lapisan masyarakat, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris. Beliau berkata apabila masyarakat lebih terbuka untuk mengenali dan memahami serta meraikan kepelbagaian agama, ia akan mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum dan agama. […]

Mujahid cadang tukar nama jalan di Brickfields kepada Jalan Harmoni

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mencadangkan salah satu jalan di Brickfields diberi nama Jalan Harmoni kerana terdapatnya rumah-rumah ibadat semua agama di situ. Mujahid berkata nama baharu itu simbolik perpaduan. “Saya sangat mengharapkan nama Jalan Harmoni dapat diberikan di kawasan ini, seperti di Pulau Pinang di mana […]

Perkenal subjek kenali agama lain di sekolah, universiti

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia […]

Henti persenda Rasulullah SAW, cemar kesucian Islam

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengingatkan semua pihak, terutama masyarakat bukan Islam supaya berhenti mempersendakan Rasulullah SAW serta mencemar kesucian agama Islam. Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan media berkata baginda bertitah, perbuatan sedemikian bukan saja menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan antara kaum dan […]