Maal Hijrah: Jauhi hasad dengki, amalan fitnah – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu menitahkan rakyat agar menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah memfitnah. Titah Seri Paduka, rakyat juga hendaklah tidak berfikiran sempit dan negatif kerana sifat dan amalan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. “Beta ingin mengajak seluruh rakyat bersatu […]

Pilihanraya bukan lesen rosakkan perpaduan

Menjunjung Rukun Negara adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan tanpa rasa berbelah bahagi oleh setiap warganegara Malaysia. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara serta Kesopanan Dan Kesusilaan adalah antara dua rukun tersebut yang nampaknya hari ini semakin dipandang sebelah mata, lebih-lebih lagi ketika negara sekarang akan berdepan Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Seri Paduka Baginda […]

NGO Islam perlu tangani sentimen keagamaan

Kuala Terengganu: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyarankan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk memainkan peranan dalam usaha menangani sentimen keagamaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Zamri Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak mahu terikut-ikut dengan sentimen atau berita-berita yang ditimbulkan oleh sebelah pihak semata-mata. Menurutnya, pihaknya sentiasa meletakkan peranan bahawa mereka yang sentiasa akan […]

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

PUTRAJAYA – Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara kata Menteri Agama, Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian. “Insya-Allah dengan berkat doa […]

Generasi muda perlu pelihara perpaduan, kepelbagaian negara – Merdeka Kuartet

KUALA LUMPUR – Kuartet Merdeka mahu generasi akan datang terus memelihara perpaduan dan kepelbagaian masyarakat yang menjadi kekuatan Malaysia demi kemakmuran, kesejahteraan serta keamanan negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kepelbagaian dan perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara perlu menjadi wadah yang diwariskan kepada generasi muda. Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan […]

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 Perlis

KANGAR – YADIM Perlis telah terlibat sama menjayakan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022 negeri ini pada 1 Februari. Bertempat di perkarangan Dewan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota di sini, ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Perlis, YADIM Perlis,Hidayah Center  dan Kawasan Rukun Tetangga Padang Kota. Program ini ia diserikan dengan kehadiran […]

Kongres Perpaduan Negara rintis penyatuan ummah

KUALA LUMPUR – Sebuah NGO, Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) akan menganjurkan Kongres Perpaduan Negara 2021 selama dua hari pada 16 dan 17 Januari ini. Kongres menampilkan pembentang dan panel dari tokoh pemimpin, akademik dan masyarakat itu akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk merintis jalan ke arah penyatuan […]

Perselisihan kaum dan agama semakin kritikal

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, cabaran dan ancaman paling dekat, sangat kritikal dan boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan kemarahan sesama rakyat yang berpunca daripada perselisihan kaum dan agama. Titah baginda, Malaysia yang dibina dengan falsafah kenegaraan begitu baik, sedang menghadapi perkembangan yang boleh mengancam perpaduan warganya. “Slogan-slogan atas […]

Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad hari ini (9 November) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini. Daud menerima wang tunai RM50,000, […]

Sebar kasih sayang, bukan kebencian

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mahu rakyat Malaysia menyebarkan kasih sayang dan bukan ‘membunuh’ keunikan kehidupan berbilang kaum Malaysia dengan isu remeh. Chong Wei, 36, meminta seluruh rakyat Malaysia melihat kembali sejarah ketika skuad badminton negara, yang diketuai Datuk Razif Sidek, memenangi Piala Thomas pada 1992. Pasukan itu membawa seluruh […]