Home » Langit Terbuka » Perkenal subjek kenali agama lain di sekolah, universiti

Perkenal subjek kenali agama lain di sekolah, universiti

Presiden Majlis Belia Malaysia menjelaskan, cadangan memperkenal subjek mengenal agama lain tersebut tidak bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi lebih kepada memupuk perpaduan dan memahami sensitiviti agama lain. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.

Katanya, cadangan tersebut tidak bermaksud negara bakal mengamalkan kesamarataan agama, tetapi lebih kepada memupuk perpaduan dan memahami sensitiviti agama lain.

“Kita lihat idea ini dapat meningkatkan perpaduan antara masyarakat, terutamanya ketika mereka masih di bangku sekolah atau di universiti.

“Jika tidak melalui pengenalan subjek baharu, mungkin subjek kenali agama lain ini boleh dimasukkan dalam sukatan pelajaran sedia ada,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri bengkel perbincangan meja bulat belia mengenai hal ehwal antara penganut agama di sini.

Bengkel sehari anjuran bersama MBM, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, mengumpulkan wakil persatuan belia pelbagai agama dalam negara bagi membincangkan persepsi dan cadangan golongan belia berkaitan agama, perpaduan dan integrasi nasional. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *