Segera daftar sekolah pondok

KUALA LUMPUR –  Semua institusi tahfiz yang belum berdaftar dengan majlis agama negeri masing-masing diingatkan supaya berbuat demikian sekiranya mahu menerima peruntukan dana daripada kerajaan persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, hanya sekolah tahfiz berdaftar sahaja yang layak menerima manfaat daripada peruntukan sebanyak RM25 juta yang disediakan dalam belanjawan negara yang […]

Mara nafi kurangkan peruntukan biaya pelajar ke luar negara

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menafikan dakwaan kononnya berlaku pengurangan peruntukan pembiayaan pelajaran untuk pelajar cemerlang ke luar negara bagi tahun ini. Mara menerusi satu kenyataan menegaskan, jumlah peruntukan RM2 bilion yang diluluskan kerajaan bagi program pinjaman pelajaran untuk 2019 adalah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. “Peruntukan ini digunakan untuk menaja pelajar yang […]

Kurikulum sekolah pondok, tahfiz terus diperkasa

BANGI – Kerajaan akan membangunkan Model Pondok Moden Malaysia sebagai inisiatif untuk menyelaras kurikulum sekolah pondok di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini model itu sedang dirangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Katanya ia dijangka berupaya menjadikan kurikulum pengajian pondok selari dengan pendidikan arus […]

Peruntukan imbuhan, elaun imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Selangor

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyerahkan peruntukan kerajaan Persekutuan sejumlah RM42,066,000 bagi pembayaran imbuhan kepada imam, alaun guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan Guru Takmir bagi tahun ini di Selangor. Penyerahan peruntukan itu telah diserahkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam […]

RM25 juta tambahan untuk sekolah agama

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan RM25 juta untuk kepentingan sekolah agama rakyat dan swasta. Sekolah berpotensi mencapai prestasi tinggi akan diutamakan untuk terima peruntukan berkenaan, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di majlis penyerahan cek di kementerian tersebut. “Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti sekolah yang berpotensi itu. “Kita guna mekanisme untuk menentukan […]

Peruntukan RM25 juta untuk sekolah pondok diagih awal

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menyerahkan cek berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk diagihkan kepada 283 sekolah pondok berdaftar di seluruh Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyampaikan cek dengan jumlah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya pagi ini. Guan Eng berkata penyerahan peruntukan yang diumumkan dalam […]