Home » Langit Terbuka » Peruntukan imbuhan, elaun imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Selangor

Peruntukan imbuhan, elaun imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Selangor

Peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 2,700 orang guru Kafa, 760 orang imam dan 142 orang Guru Takmir di Selangor. - Foto Facebook

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyerahkan peruntukan kerajaan Persekutuan sejumlah RM42,066,000 bagi pembayaran imbuhan kepada imam, alaun guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan Guru Takmir bagi tahun ini di Selangor.

Penyerahan peruntukan itu telah diserahkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan ringkas yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 2700 orang guru Kafa, 760 orang imam dan 142 orang Guru Takmir di negeri Selangor.

Majlis tersebut diadakan sempena Majlis Menghadap Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, bagi menyembah maklum kepada Tuanku mengenai pendekatan semasa pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor dan disertai Pengarah Jais Datuk Haris Kasim dan wakil dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais). – Malaysia Dateline

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *