SAY terus tabur bakti

HULU LANGAT – Datang sendiri ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH)  di sini dari Seremban tanpa sebarang bayaran. Memandu kenderaan sendiri untuk bantu mangsa banjir tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Tak ramai yang mampu berbuat begini, malah jiwa kesukarelawanan mereka mengatasi apa yang ditunjukkan golongan lebih muda. Namun itulah yang ditunjukkan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Sembilan. […]

SAY Negeri Sembilan dekati warga perkampungan Orang Asli Guntur

BARU KIKIR – Sejak penubuhan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tahun 2000, salah sebuah pasukan yang masih aktif hingga kini ialah sukarelawan di negeri ini yang berpusat di Mambau. Menjelang penghujung Bulan Dakwah 2.0, Sukarelawan YADIM di sini yang diketuai oleh Ustaz Haji Abdul Latif Haji Mohd Yunos, bersama 12 ahlinya menelusuri denai kebajikan di […]

Sanitasi Masjid Jamek Dato’ Abdullah Sijang

PORT DICKSON – Masjid Dato’ Abdullah Sijang di sini pada 31 Julai telah disanitasi oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan. Seramai lima ahli sukarelawan terlibat dalam kerja kerja sanitasi yang dijalankan di dewan solat utama dan di luar masjid. Inisiatif ini adalah sebahagian pengisian program Musa’adah YADIM Negeri […]

Edaran bubur lambuk untuk kakitangan penjara dan Balai Polis Mambau

MAMBAU – Sebanyak 350 pek bubur lambuk diedarkan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Negeri Sembilan dengan kerjasama Surau Ar Raudhah Taman Kelab Tuanku Mambau pada 7 Mei. Edaran kepada kakitangan penjara dan balai polis Mambau itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Terdahulu pada 5 Mei pula telah diadakan […]