Home » Citra Yadim » SAY terus tabur bakti

SAY terus tabur bakti

HULU LANGAT – Datang sendiri ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH)  di sini dari Seremban tanpa sebarang bayaran. Memandu kenderaan sendiri untuk bantu mangsa banjir tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

Tak ramai yang mampu berbuat begini, malah jiwa kesukarelawanan mereka mengatasi apa yang ditunjukkan golongan lebih muda. Namun itulah yang ditunjukkan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Sembilan.

Semalam (2 Januari) seramai 20 orang SAY Negeri Sembilan diketuai oleh Ustaz Haji Abdul Latif Haji Mohd Yunos tiba di INDAH bagi melaksanakan misi bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir. Batu 20 Sungai Lui di sini dipilih sebagai lokasi mereka berkhidmat.

Surau Madrasah Hasanah yang terletak di Sungai Lui merupakan antara yang dibersihkan oleh pasukan ini. 

Mereka turut membawa barangan keperluan untuk disampaikan kepada penduduk di kawasan tersebut.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *