Home » Citra Yadim » SAY Negeri Sembilan dekati warga perkampungan Orang Asli Guntur

SAY Negeri Sembilan dekati warga perkampungan Orang Asli Guntur

BARU KIKIR – Sejak penubuhan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tahun 2000, salah sebuah pasukan yang masih aktif hingga kini ialah sukarelawan di negeri ini yang berpusat di Mambau.

Menjelang penghujung Bulan Dakwah 2.0, Sukarelawan YADIM di sini yang diketuai oleh Ustaz Haji Abdul Latif Haji Mohd Yunos, bersama 12 ahlinya menelusuri denai kebajikan di perkampungan Orang Asli Guntur, di sini.

Sebanyak 41 kotak barangan asas disampaikan kepada keluarga Orang Asli yang memerlukan di sekitar kampung berkenaan melalui aktiviti Ziarah Prihatin. 

Terdahulu, mereka juga mengadakan Tasmik Surah Al Fatihah kepada 20 orang asli Muslim termasuk kanak – kanak. Program ini adalah bagi memantapkan lagi bacaan Surah Al Fatihah dengan lancar dan betul. 

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Muhammad Muzzammil Musbah.

Usaha kebajikan bersama komuniti Orang Asli adalah salah satu inisiatif YADIM dalam membangunkan nilai – nilai keharmonian Keluarga Malaysia.

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *