Sidang Kemuncak KL orak langkah memperkasa umat Islam

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang berakhir hari ini, berjaya menghasilkan inisiatif konkrit untuk mengangkat umat Islam dan menangani beberapa kebimbangan masyarakat seperti Islamofobia. Walaupun terdapat kritikan, Perdana Menteri yang juga pengerusi sidang berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan persidangan empat hari itu bermula pada 18 Dis, dan tegas […]

Wujud sistem kewangan, mata wang negara Islam

KUALA LUMPUR – Pemimpin utama negara Islam sependapat supaya satu sistem kewangan Islam diwujudkan bagi mengukuhkan perdagangan dalam kalangan negara anggota selain mengelak kebergantungan kepada mata wang asing. Pendirian itu dipersetujui pada sesi meja bulat sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bertajuk ‘Keutamaan Pembangunan dan Cabaran’ yang disertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden […]

Umat Islam perlu bersatu hati, kembalikan ketamadunan Islam – Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh umat Islam bersatu hati dan menyatakan komitmen dalam pembangunan ummah dan mengembalikan ketamadunan Islam. Titah baginda, masih ramai umat Islam tertindas dan terperangkap dalam kemelut kemiskinan, kemunduran termasuk ketiadaan tempat tinggal. “Kini tiba masa untuk kita semua untuk meluaskan usaha individu […]

Kita tak akan dakwa Malaysia negara Islam sempurna

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mendakwa ia negara Islam sempurna, walaupun ia menunjukkan masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama aman dan damai, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. “Tradisi ini sejak kemerdekaan kita,” katanya, dan menambah walaupun majoriti rakyat beragama Islam, ia mempunyai minoriti yang besar daripada kepercayaan, budaya dan adat berbeza. […]

Kunjungan Fiqhi Council of Australia

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini. Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan […]