Tahajud Keluarga Malaysia Teguh Bersama, YADIM Melaka 2022

MELAKA – Demi memohon keredhaan dan menyatakan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan, Program Tahajud Keluarga Malaysia Teguh Bersama, YADIM Melaka 2022 telah diadakan pada 10 September. Seramai 280 orang jemaah telah sama-sama menghadiri dan mengadakan solat sunat dan solat Subuh berjemaah di program yang diadakan di Dataran Kesidang di sini. Solat sunat dan Solat Subuh diimamkan […]

Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram

MAKKAH – Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes COVID-19 di negara itu. Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidil Haram dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang […]

Kenapa solat Subuh di Selangor lewat 8 minit?

SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkaitan solat Subuh lewat 8 minit yang diumumkan semalam. Berikutan antara soal jawab yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor. S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat Subuh di Selangor dilewatkan? J1: Ia berdasarkan penemuan daripada kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa […]

Waktu solat subuh Selangor berubah lapan minit esok

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa. Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H. “Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit […]

Solat Subuh di masjid dapat wang saku

DAMANSARA – Dalam usaha memupuk masyarakat khusus generasi muda mengimarahkan masjid, Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu. Ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz berkata, program berkenaan bermula 7 Oktober lalu dan idea tercetus ketika mengadakan mesyuarat Ahli […]

Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subuh

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi. “Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan […]

Ustaz Abu Hassan Din telah tiada

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad. “Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan […]