Home » Langit Terbuka » Waktu solat subuh Selangor berubah lapan minit esok

Waktu solat subuh Selangor berubah lapan minit esok

Perubahan waktu solat ini dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya, jelas JAIS - Foto SelangorKini

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.

Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H.

“Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama penyelidik Universiti Malaya.

“Pekara ini sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-116 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya. – SelangorKini

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *