YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini. Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan. Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda […]

50 bakul makanan untuk penduduk Bera

BERA – Sebanyak 50 set bakul makanan diserahkan kepada golongan yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Pahang pada 21 Disember. Antara kawasan yang menerima sumbangan ini termasuklah Desa Juwara, Felda Sebertak, Felda Tementi dan Felda Rentam. Mewakili badan dakwah ini dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengarah Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi […]

125 mangsa banjir DUNGUN terima sumbangan YADIM Terengganu

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 23 Disember bersama empat orang sukarelawan YADIM menyantuni 125 keluarga mangsa banjir di Hulu Dungun iaitu di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor menerusi program YADIM Peduli : Adhoc Bantuan Bencana Banjir 2020. Dua majlis ringkas penyampaian musaádah banjir diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Raja […]

Sumbangan bakul makanan kepada murid di Ranau

RANAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 22 Disember telah menyantuni seramai 62 keluarga pelajar miskin di daerah ini. Sumbangan tersebut melibatkan para pelajar di Sekolah Kebangsaan Perancangan, Sekolah Kebangsaan Langsat dan Sekolah Kebangsaan Sakiban di sini. Inisiatif ini disampaikan termasuklah kepada bukan Muslim salah satu usaha […]

YADIM Terengganu bantu mangsa banjir Hulu Besut

BESUT – Pasukan Gerakan Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan Undangan Negeri Hulu Besut pada 17 Disember menyantuni dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di tiga perkampungan di sini. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Bukit Cina, Kampung Seri Masin dan Kampung Padang Pelindung. Menerusi program YADIM Peduli […]

Mangsa banjir Pekan Nenas terima sumbangan YADIM Johor

PONTIAN – Seramai 13 keluarga yang menjadi mangsa banjir di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 16 Disember. Kesemuanya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Pekan di sini menerima sumbangan kit kebersihan dan makanan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah. Terdapat seramai 40 dewasa dan […]

YADIM Peduli di Pulau Tongkang dan Pulau Suri

TUMPAT – Seramai 100 keluarga nelayan di dua pulau di sini menerima barangan keperluan harian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 12 Disember. Program di Pulau Tongkang dan Pulau Suri di sini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary. Program ini dianjurkan […]

Ziarah Prihatin Pondok Bukit Jagung

PENDANG – Program YADIM Peduli – Ziarah Prihatin telah diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Pendang di Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ), Pondok Bukit Jagung, di sini pada 8 Disember. Sebanyak 20 pelajar dan 10 warga emas yang terdiri daripada keluarga asnaf menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. […]

BIAR GAMBAR BERBICARA…. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Akibat air sungai yang melimpah kerana hujan lebat, jalan ke Kampung Lingga, Kiulu Tiuaran tidak dapat dilalui, walaupun menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Bagaimanapun ia tidak menghalang semangat kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah yang nekad menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung yang memerlukan. […]

Ziarah Mangsa Banjir Bukit Payong

MARANG – Misi ziarah mangsa banjir di negeri ini dilaksanakan pula di Bukit Payong di sini, oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu. Sebanyak 15 rumah diziarahi oleh YADIM Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin pada 7 Disember. Mereka turut mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa bencana yang diziarahi. YADIM […]