Musa’adah Covid-19 untuk OKU, pesakit kronik dan warga emas YADIM Kedah

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan misi bantuan kepada yang memerlukan di Kampung Paya, Kampung Telok Gelam dan Taman Kenanga di sini. Program pada 18 Januari ini menyantuni mereka yang terdiri daripada asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Tujuh keluarga yang disantuni menerima pek makanan asasi dan wang tunai. Ia diadakan dengan […]

36 set sumbangan untuk mangsa banjir oleh YADIM Sabah

PENAMPANG – Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 18 Januari telah menyerahkan sumbangan bantuan keperluan harian dan kit penjagaan kebersihan diri untuk 20 keluarga mangsa banjir. Sumbangan diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Daerah Penampang, Christina Eron. Pengarah RELA Sabah dan Ketua Polis Penampang, Deputi […]

Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Tanah Puteh

SERIAN – Selepas Kuching dan kawasan sekitarnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 18 Januari telah melaksanakan program bantuan banjirnya di Kampung Tanah Puteh di sini. Sebanyak 101 set sumbangan makanan kering dan barangan penjagaan kesihatan disampaikan kepada mereka di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Tanah Puteh di sini. Sumbangan ini memanfaatkan seramai […]

YADIM Sabah lancar kempen Prihatin Pitas 2021

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 17 Januari melancarkan kempen Prihatin Pitas 2021 bagi membantu penduduk daerah Pitas yang terjejas teruk akibat banjir. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki memberitahu, kempen sehingga Rabu depan ini, akan membuka empat buah lokasi penyerahan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan. Pusat penyerahan sumbangan yang disediakan […]

Mangsa banjir 3 kampung terima sumbangan agensi agama Islam Persekutuan

LIPIS – Sebanyak 100 keluarga daripada tiga kawasan perkampungan di sini menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bagi membantu mereka yang menjadi mangsa bencana banjir. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Kerambit (60 keluarga), Kampung Lentang (20 keluarga) dan Kampung Jeram Bungor (20 keluarga) di sini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Mangsa banjir Kampung Balibata dan Binunuk terima bakul makanan YADIM Sabah

BEAUFORT – Seramai 176 keluarga di mangsa banjir di Kampung Balibata dan Binunuk di sini, menerima sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 7 Januari. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki kepada ketua ketua keluarga di sini. Hadir sama ialah wakil Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji […]

Sumbangan untuk mangsa banjir Kampung Shukor

DUNGUN  – Kampung Shukor yang terletak di pedalaman daerah ini merupakan antara Kawasan yang sering dilanda banjir saban tahun. Prihatin dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 7 Januari telah berkunjung ke Kawasan tersebut bagi menyampaikan sumbangan. Ia merupakan misi banjir ke 11 untuk YADIM Terengganu. Di kawasan ini , mangsa banjir […]

200 penduduk Maran terima manfaat sumbangan YADIM

MARAN – Usaha menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke daerah ini pada 7 Januari. Kali ini seramai 200 keluarga di Taman Maran Jaya dan Taman Chedong menerima sumbangan kit banjir YADIM yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam […]

100 kit sumbangan untuk mangsa banjir Skudai

SKUDAI – Selesai menyantuni mangsa banjir Masai pada 3 Januari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor bergerak pula ke Skudai. Di kawasan ini, sebanyak 100 kit banjir YADIM diserahkan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Sementara Batu 10 di sini. Pasukan YADIM Johor yang diketuai Muhamad Ammar Abdullah kemudiannya menziarahi Masjid Kampung Sepakat […]

Sumbangan mangsa banjir Masai

PASIR GUDANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 3 Januari telah tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Cahaya Baru di sini. Penyerahan kit banjir YADIM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Cahaya Masai di sini oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah diterima oleh Penghulu Mukim Masai, Mohd Nurul Faiz. Kit […]