Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini.

Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan.

Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda ketika ini, menyebabkan dia tidak dapat keluar bekerja.

Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Disember telah menziarahi serta menyampaikan sedikit bantuan kepadanya.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Kelantan, Mahadi Awang serta kakitangan badan dakwah ini. Hadir sama ialah wakil badan bukan kerajaan Cakna Kasih Gua Musang, Siti Nor Azila Zulkifli.

Kata kata semangat disampaikan kepada keluarga ini agar terus tabah serta sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *