Home » Citra Yadim » Sumbangan bakul makanan kepada murid di Ranau

Sumbangan bakul makanan kepada murid di Ranau

RANAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 22 Disember telah menyantuni seramai 62 keluarga pelajar miskin di daerah ini.

Sumbangan tersebut melibatkan para pelajar di Sekolah Kebangsaan Perancangan, Sekolah Kebangsaan Langsat dan Sekolah Kebangsaan Sakiban di sini.

Inisiatif ini disampaikan termasuklah kepada bukan Muslim salah satu usaha membantu keluarga mereka yang terjejas dengan Covid-19.

YADIM diwakili Pengarah Sabah, Samin Ongki. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistrine Radin serta Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Majus Munsing.

Usaha ini selaras dengan hasrat badan dakwah ini yang menyantuni semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *