Hasrat PM Supaya Cetak, Edar Satu Juta Al-Quran Akan Disegerakan – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia […]
Malaysia edar satu juta al-Quran di seluruh dunia

PUTRAJAYA – Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata, ikhtiar yang […]
Malaysia ulangi pendirian tidak tolak ansur Islamofobia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan membakar buku atau kitab suci mana-mana agama. Perdana Menteri berkata Malaysia menghargai kemanusiaan, menghormati hak dan kepercayaan setiap individu. “Kita di Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, buku dan teks agama termasuk kitab Injil… kerana kita menghormati kemanusiaan, […]
YADIM sokong penuh bantahan terhadap Paludan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh kenyataan bantahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik Sweden, Rasmus Paludan kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya menyeru umat Islam negara ini agar bersatu menyokong bantahan ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keamanan […]