Home » Langit Terbuka » Hasrat PM Supaya Cetak, Edar Satu Juta Al-Quran Akan Disegerakan – Mohd Na’im

Hasrat PM Supaya Cetak, Edar Satu Juta Al-Quran Akan Disegerakan – Mohd Na’im

Sebagai tindak balas terhadap insiden membakar Al Quran itu, pengedaran naskhah al-Quran terbitan Yayasan Restu itu juga memberi peluang kepada masyarakat dunia untuk menghayati kandungan al-Quran memandangkan ia turut diterbitkan tafsirannya dalam pelbagai terjemahan bahasa, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Tafsiralquran.com

KUALA LUMPUR – Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) akan mengadakan perbincangan.

“Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan pengedaran naskhah al-Quran berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka di sini pada 29 Januari.

Mohd Na’im berkata selain sebagai tindak balas terhadap insiden itu, pengedaran naskhah al-Quran terbitan Yayasan Restu itu juga memberi peluang kepada masyarakat dunia untuk menghayati kandungan al-Quran memandangkan ia turut diterbitkan tafsirannya dalam pelbagai terjemahan bahasa.

“Apabila tafsiran dibuat dalam pelbagai bahasa, kita harap al-Quran ini bukan sekadar dibaca tetapi juga kandungannya dapat difahami dengan lebih baik…untuk itu, kita akan usahakan agar percetakan dan edarannya dapat dipercepat sebagaimana dihasratkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Anwar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, selain Anwar menegaskan ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu ialah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu. – Al Hijrah News

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *