Malaysia perkenal akreditasi iktiraf penginapan patuh Syariah

PUTRAJAYA – Malaysia memperkenalkan inisiatif ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra Muslim’, satu bentuk akreditasi bagi mengiktiraf penginapan yang mematuhi syariah bagi pelancong. Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata akreditasi yang dilaksanakan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) adalah pertama seumpamanya di dunia yang diusahakan oleh agensi kerajaan. “Pelaksanaan ‘Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra […]

Penyeragaman fatwa dan undang-undang syariah beri keadilan kepada semua pihak

KUALA LUMPUR – Penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah perlu bagi memperkasakan undang-undang syariah agar ia dapat memberikan keadilan dan rahmat kepada semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Perkara itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesyorkan supaya wujud penyelarasan fatwa […]

Normah Omar wanita kedua paling berpengaruh dalam kewangan Islam

SHAH ALAM – Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Normah Omar, dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory. UiTM dalam kenyataan hari ini berkata, penganugerahan itu diumumkan pada majlis ‘The 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards’ di JW Marriott Marquis Hotel, Dubai, kelmarin. […]

Cadangan seragam undang-undang kesalahan jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

KANGAR – Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Sehubungan itu, Mujahid berkata […]

Kerajaan mahu pinda Akta 355

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebagai langkah dan komitmen negara memperkasa Mahkamah Syariah secara komprehensif. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata antara penambahbaikan dilihat adalah dari segi menaikkan kadar hukuman. Katanya, kerajaan akur bidang kuasa mahkamah berkenaan terbatas dengan peruntukan mengikut Akta […]

Brunei tidak hirau kritikan global

BRUNEI – Brunei mempertahankan haknya melaksanakan undang-undang Syariah yang membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual walaupun mendapatkan kritikan global. Portal CNA melaporkan, negara bekas jajahan British yang majoriti penduduknya beragama Islam akan melaksanakan undang-undang Syariah tersebut pada 3 April depan, menghukum liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk membaling dan […]

Pulau Pinang bina hospital konsep zakat, wakaf

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pembinaan hospital Islam berkonsepkan wakaf dan zakat yang pertama di wilayah utara. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) itu akan dibina di Bayan Baru di sini, dengan kos keseluruhan RM250 juta. Pembinaan hospital dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau […]

KWSP umum 6.15% dividen konvensional, 5.9% syariah

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion; dan 5.9% untuk simpanan syariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion, turun 1.70% berbanding pada 2017. “Dengan purata kadar dividen sebenar bagi 3 tahun […]

Lelaki bersalah jual arak, disebat di khalayak ramai

  BANDA ACEH 19 Jan. – Seorang lelaki disebat secara terbuka hari ini kerana didapati menjual arak di wilayah berkenaan, sekali gus mengundang kemarahan dan ejekan orang ramai termasuk kanak-kanak. Lelaki tersebut, Jono Simbolon mengerang kesakitan apabila seorang pegawai agama Islam merotan punggungnya di luar sebuah masjid tempatan di wilayah terbabit. Dia merupakan orang ketiga […]