Home » Langit Terbuka » Lelaki bersalah jual arak, disebat di khalayak ramai

Lelaki bersalah jual arak, disebat di khalayak ramai

JONO Simbolon disebat di hadapan khalayak ramai di luar masjid Banda Aceh, wilayah Aceh, Indonesia semalam. - AFP

 

BANDA ACEH 19 Jan. – Seorang lelaki disebat secara terbuka hari ini kerana didapati menjual arak di wilayah berkenaan, sekali gus mengundang kemarahan dan ejekan orang ramai termasuk kanak-kanak.

Lelaki tersebut, Jono Simbolon mengerang kesakitan apabila seorang pegawai agama Islam merotan punggungnya di luar sebuah masjid tempatan di wilayah terbabit.

Dia merupakan orang ketiga yang bukan beragama Islam menerima hukuman sebatan di khalayak ramai sejak Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah setelah diberi autonomi khas pada 2001.

“Ini merupakan komitmen kerajaan kita untuk menguatkuasakan undang-undang Islam. “

“Sekiranya berlakunya pelanggaran undang-undang, segera laporkan pada polis dan kami akan melakukan hukuman seperti hari ini,” kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman. – AFP

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *