KPN diarah siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang baru-baru ini. Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama […]

Saifuddin luah rasa meluat dengan kenyataan Israel

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau merasa sangat meluat dengan kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel yang menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat Olimpik dan melabel Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti-Yahudi. Saifuddin berkata selama lebih separuh abad, Israel tidak pernah mengendahkan hak tidak terpisah rakyat Palestin sambil melaksanakan dasar dan […]

Hamas sanjung keputusan Malaysia halang penyertaan atlet Israel

KUALA LUMPUR- Pergerakan Hamas menyanjung tinggi keputusan Malaysia menghalang etlet Israel menyertai kejohanan renang yang dianjurkan negara ini. Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, pergerakan itu berkata, dalam nada yang tegas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Moahamad telah berkata bahawa sekiranya peganjur ingin menarik hak Malaysia sebagai hos kejohanan berkenaan, mereka dipersilakan berbuat demikian. “Kenyataan […]

Asri mahu tindakan terhadap rumah ibadah haram selepas keganasan di Subang Jaya

PETALING JAYA – Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadah yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi. “Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” […]