Home » Langit Terbuka » KPN diarah siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau

KPN diarah siasat secara terperinci kes penemuan berhala di surau

Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak yang meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda.- Foto FMT

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggungjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang baru-baru ini.

Menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam dan menjejaskan keharmonian kaum dan agama itu, Muhyiddin berkata, tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

“Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat.

“Mereka yang melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun laman Facebook beliau hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *