Kalimah Allah hanya di Sarawak – PM

Melaka: Penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan hanya terpakai untuk negeri berkenaan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan berkaitan keputusan kerajaan itu juga sudah diperjelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. “Sarawak kita faham […]

Malaysia tolak dasar iktiraf LGBTQ Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Malaysia menolak dasar luar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia. Pentadbiran AS memasukkan sekali golongan interseks (khunsa) dalam kelompok itu tetapi ia tidak termasuk dalam pendirian kerajaan kerana khunsa berbeza dengan LGBT dan bukanlah sesuatu yang melanggar […]

Emir Kuwait baharu tegas sokong perjuangan Palestin

KUWAIT – Emir baharu Kuwait, Sheikh Nawaf al-Ahmad al-Jaber Al Sabah menyuarakan sokongan kerajaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat dan Palestin, serta pejuangan membebaskan tanah yang diduduki oleh rejim pengganas Israel. Ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, Sheikh Nawaf berkata, Kuwait akan terus mengikuti jejak Almarhum Emir Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al […]

Pencemaran Sungai: Agong mahu hukuman lebih berat dikenakan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira-kira lima juta orang mengalami gangguan bekalan air di Lembah Klang adalah perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Seri Paduka yang menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian berkenaan, bertitah agar pihak disyaki terlibat menyebabkan pencemaran dibawa […]

Rujuk maqasid syariah dalam menghukum

IPOH – Hukuman berat ke atas pemandu mabuk boleh dilaksanakan berdasarkan maqasid syariah (tujuan syariat) yang menekankan keselamatan agama, penjagaan nyawa, akal, keturunan dan harta.null Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, dengan kes kematian disebabkan pemandu mabuk semakin meningkat, semua pihak sepatutnya memahami prinsip memelihara nyawa itu adalah penting. “Syariat Islam datang antaranya untuk […]

Perlu tangani isu murtad lebih serius – Mufti Perak

IPOH – Isu murtad bukan bersifat peribadi atau semata-mata konflik kepercayaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Beliau berkata tindakan menyenaraikan isu murtad atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama bakal menjejaskan usaha menanganinya secara kolektif. Katanya, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menangani isu murtad secara kolektif, […]

Ganggu gugat keharmonian kaum, tindakan akan diambil

KUBANG KERIAN – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini, bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut. “Berhentilah menyebar perkara yang boleh […]

Tidak berganjak dengan pendirian terhadap LGBT

PUTRAJAYA – Malaysia tidak berganjak dengan pendiriannya terhadap lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Demikian penegasan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya terhadap kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dikatakan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT seperti Brunei. “Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai negara yang berdaulat dan Islam,” kata […]

Tidak benar kedudukan, kesucian Islam terancam

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, dakwaan bahawa kedudukan dan kesucian agama Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Beliau berkata, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan telah termaktub dalam Perlembagaan yang tidak akan diubah. Tegasnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil […]

Kerajaan bertindak cepat dakwa pihak hina nabi

PARIT BUNTAR – Kerajaan sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menghina agama serta kaum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil contoh kes terbaharu apabila dua individu menghina Nabi Muhammad SAW yang tular di Facebook baru-baru ini, mereka didakwa di mahkamah dalam tempoh […]