Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau

KUALA LUMPUR – Warga asing masih tidak dibenarkan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat untuk membenarkan warga asing solat berjemaah di masjid dan surau, pihaknya perlu meneliti laporan daripada pihak berwajib seperti […]

Johor larang baraan marhaban

JOHOR BAHRU – Rakyat di Johor Bahru dinasihatkan tidak menganjurkan atau mengikuti aktiviti baraan marhaban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata aktiviti seumpama itu memang tidak dibolehkan. Menurutnya, ia sama seperti garis panduan larangan menziarah kubur pada Aidilfitri sepanjang PKPB. “Tidak boleh buat marhaban […]

Tidak boleh solat di luar masjid

 PUTRAJAYA – Individu yang namanya tidak tersenarai, dilarang untuk hadir atau menunaikan solat di luar masjid, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang perlu dipatuhi, menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid, sepanjang […]

Ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR – Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan. Katanya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada […]