Home » Langit Terbuka » Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau

Warga asing masih tidak dibenar solat jemaah di masjid, surau

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya mahu mendapatkan laporan terperinci daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membenarkan warga asing menunaikan solat di masjid. - Foto Penang Kini

KUALA LUMPUR – Warga asing masih tidak dibenarkan untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid dan surau, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat untuk membenarkan warga asing solat berjemaah di masjid dan surau, pihaknya perlu meneliti laporan daripada pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengetahui keadaan di masjid dan surau yang kini sudah mula dibuka.

“Kita mahu lihat laporan daripada JAWI (mengenai masjid di bawah JAWI) dan beberapa tempat lain. Sekiranya (keadaan) stabil dan tidak menjadi masalah maka pada masa itu kita akan dapat satu keputusan. 

“Kita rasa dalam masa sebulan dua lagi kita boleh selesaikan masalah ini,” katanya pada 3 Julai.

Pada program itu, Zulkifli menyampaikan bantuan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 50 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa di sini. 

Zulkifli dalam satu kenyataan berkata pelaksanaan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini diperluaskan dengan memberi kebenaran kepada surau-surau dan dewan-dewan yang sesuai untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurutnya pelaksanaan solat Jumaat juga diperluaskan dengan memaksimumkan penggunaan kawasan atau ruang solat di masjid dan surau Jumaat sedia ada. – Bernama

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *