Home » Langit Terbuka » Johor larang baraan marhaban

Johor larang baraan marhaban

Walaupun jumlah orang yang menyertai marhaban atau baraan ini kurang dari 20 orang namun ia tetap tidak dibenarkan di Johor- Foto Krenmaut

JOHOR BAHRU – Rakyat di Johor Bahru dinasihatkan tidak menganjurkan atau mengikuti aktiviti baraan marhaban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata aktiviti seumpama itu memang tidak dibolehkan.

Menurutnya, ia sama seperti garis panduan larangan menziarah kubur pada Aidilfitri sepanjang PKPB.

“Tidak boleh buat marhaban atau baraan dari rumah ke rumah. Ziarah raya hanya raya pertama sahaja yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Walaupun jumlah orang yang menyertai marhaban atau baraan ini kurang dari 20 orang namun ia tetap tidak dibenarkan.

“Saya nasihatkan masyarakat mengikuti peraturan atau berdepan dengan tindakan pihak berkuasa sekiranya dikesan berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, pihak polis meminta orang awam menyalurkan maklumat jika mempunyai informasi sebarang aktiviti ziarah Aidilfitri terutama dalam jumlah yang besar sekali gus melanggar PKPB.

Ia susulan gambar dan video tular di media sosial sejak semalam, memaparkan golongan pemuda bermotosikal dalam jumlah ramai berkumpul menghidupkan tradisi baraan atau marhaban dari rumah ke rumah di Batu Pahat, yang popular dalam kalangan masyarakat Jawa. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *