Nurbalqis diiktiraf kerajaan Turkiye penterjemah profesional bahasa Melayu-Turki

KUALA LUMPUR – Minat mendalam untuk menguasai bidang bahasa antara pendorong utama Nurbalqis Abdul Rashid, pelajar tahun dua jurusan Tafsiran dan Terjemahan Turki-Arab di Universiti Seljuk, Turkiye, mengecapi kejayaan pada hari ini. Nurbalqis, 23, baru-baru ini mencatat sejarah negara apabila menjadi penterjemah profesional Bahasa Melayu-Turki pertama yang diiktiraf kerajaan Turkiye. Menurut anak jati Rawang, Selangor […]

DMY bakal peroleh manfaat kerjasama Yayasan Hayrat Malaysia

PUTRAJAYA – Para pelatih Daie Muda YADIM (DMY) selepas ini ialah antara yang bakal menerima manfaat besar hasil kerjasama YADIM dengan Yayasan Hayrat Malaysia kelak, yang menawarkan pengisian daripada segi latihan di lapangan dan pengisian kerohanian. Menerusi tawaran berkenaan, pelatih DMY bakal menerima pengisian dalam bidang pendidikan dan kerohanian yang dimiliki oleh yayasan berkenaan, khususnya […]

Agensi kerajaan Turki puji rakyat Malaysia bantu pelarian Syria

AZAZ – Agensi pengurusan bencana Turki meluahkan rasa kagum dengan usaha rakyat Malaysia yang banyak menghulurkan bantuan kepada pelarian Syria melalui pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO). Menurut Koordinator Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) di Azaz, Hakan Kose, beliau gembira melihat anak-anak muda Malaysia melakukan usaha tersebut walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko. […]

Penutupan masjid, surau di Kuala Nerus tiada kaitan menteri pulang dari Turki

PETALING JAYA – Penutupan sebuah masjid dan surau di Kuala Nerus, Terengganu, selama 4 hari bermula Rabu lalu tiada kaitan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang pulang dari Turki 7 Julai lalu. Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Yang Berhormat Dr Alias Razak […]

Tabik usaha Turki lindungi mangsa perang di Syria

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan ucapan takziah kepada Turki setelah kehilangan 33 anggota tentera dalam satu serangan udara di wilayah Idlib, Jumaat lalu. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bagi anggota tentera Turki yang sedang bertugas melindungi mangsa konflik peperangan di Syria, perbuatan itu akan diterima sebagai syahid. “Kami mengucapkan takziah […]

Tubuh sekretariat permudah rangkaian TV perjelas Islam

KUALA LUMPUR – Cadangan menubuhkan rangkaian televisyen berbahasa Inggeris antara Malaysia, Turki dan Pakistan mendapat reaksi positif pelbagai pihak kerana ia dilihat mampu menjernihkan pandangan masyarakat dunia akan isu berkaitan Islam dan menangkis kaitan agama berkenaan dengan keganasan. Mufti Wilayah Persektuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad berkata proses pelaksanaan inisiatif itu dapat dipermudahkan dengan mewujudkan […]

Malaysia, Turki, Pakistan terajui usaha perjelas Islam

NEW YORK – Malaysia, Turki dan Pakistan bersetuju supaya langkah tertentu diambil untuk menjelaskan apa Islam sebenarnya kepada dunia luar dalam usaha menangkis kaitannya dengan keganasan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata ini lahir daripada perbincangan yang berlangsung antara beliau bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan di luar […]

Turki jadi negara Islam maju kerana rakyatnya rajin dan berilmu, kata PM

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad menggesa golongan muda menimba pengetahuan dengan bekerja di Turki, sebelum kembali ke tanah air untuk membantu pembangunan Malaysia. Perdana menteri turut menyeru anak muda mencontohi rakyat Turki yang rajin, berilmu, berkebolehan tinggi dan cekap sehingga mampu membangunkan ia menjadi negara Islam maju. “Kalau tengok pembangunan di Turki adalah lebih […]

IFSC, YADIM banyak persamaaan

PUTRAJAYA – “Melihat pada objektif, visi dan misi anda, saya lihat kita ada banyak persamaan. Kedua organisasi ini bekerja untuk Islam,”. “Kami merasa seperti di tanah air sendiri semasa melihat video korporat anda, malah muzik latar yang digunakan juga lagu untuk tentera Uthmaniah” kata Presiden Ahli Mesyuarat Tertinggi Istanbul Foundation for Science and Culture (IFSC), […]

Penyelesaian baru buat Uyghur mungkin dicapai, kata Erdogan

TURKI – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, satu penyelesaian mungkin dicapai bagi membantu umat Islam yang ditahan di kem-kem tahanan di China, dengan mengambil kira sensitiviti kedua-dua negara. Turki adalah antara negara majoriti umat Islam yang sering mengkritik China berhubung penahanan kira-kira sejuta muslim etnik Uyghur, serta minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang. Erdogan dalam […]