Home » Langit Terbuka » Turki jadi negara Islam maju kerana rakyatnya rajin dan berilmu, kata PM

Turki jadi negara Islam maju kerana rakyatnya rajin dan berilmu, kata PM

Golongan muda di Malaysia disarankan mencari pengalaman di Turki sebelum kembali dan mengubah Negara, kata Perdana Menteri. - Foto Bernama

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad menggesa golongan muda menimba pengetahuan dengan bekerja di Turki, sebelum kembali ke tanah air untuk membantu pembangunan Malaysia.

Perdana menteri turut menyeru anak muda mencontohi rakyat Turki yang rajin, berilmu, berkebolehan tinggi dan cekap sehingga mampu membangunkan ia menjadi negara Islam maju.

“Kalau tengok pembangunan di Turki adalah lebih baik daripada Malaysia, dan pembangunan itu adalah hasil orang Turki.

“Generasi muda elok pergi Turki, belajar sedikit bahasa Turki dan kerja di sana 10 tahun dan bila balik, saya rasa Malaysia boleh berubah,” katanya dipetik Bernama pada sesi Townhall Semarak Merdeka di Melaka,semalam.

Mahathir mengadakan lawatan rasmi ke Turki akhir bulan lalu.

Beliau turut menggesa golongan muda berbangga dengan nilai dan cara hidup ketimuran, bukannya terikut budaya barat yang boleh menyebabkan penjajahan minda.

Katanya, nilai hidup barat sekarang keterlaluan berbanding dahulu, contohnya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang merupakan manifestasi kebebasan cara barat.

“Mereka cipta nilai hidup baru yang kadang-kadang tidak sopan sama sekali. Ada juga orang kita yang terperangkap dalam pendapat (nilai) ini dan kalau kita turut dengan nilai-nilai hidup cara barat ini, kita akan sekali lagi ditakluk oleh pihak barat.

“Lelaki sama lelaki kahwin, perempuan sama perempuan kahwin, macam mana nak dapat anak? Kalau mereka buat itu, saya ingat dalam jangka masa tak sampai 100 tahun, bangsa mereka akan lenyap kerana tak dapat anak sama sekali,” tegasnya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *