Home » Citra Yadim » IFSC, YADIM banyak persamaaan

IFSC, YADIM banyak persamaaan

PUTRAJAYA – “Melihat pada objektif, visi dan misi anda, saya lihat kita ada banyak persamaan. Kedua organisasi ini bekerja untuk Islam,”.

“Kami merasa seperti di tanah air sendiri semasa melihat video korporat anda, malah muzik latar yang digunakan juga lagu untuk tentera Uthmaniah” kata Presiden Ahli Mesyuarat Tertinggi Istanbul Foundation for Science and Culture (IFSC), Said Yuce dalam lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 23 Julai.

Beliau bersama enam lagi delegasi pihaknya melawat YADIM untuk mengeratkan hubungan antara kedua badan selain mempromosikan Risale-i Nur, karya daripada Turki karangan ulama tersohor Badiuzzaman Said Nursi di beberapa universiti tempatan melalui beberapa siri seminar dan bengkel pada 22 dan 24 Julai.

Meraikan kedatangan mereka ialah Yang Dipertua YADIM sendiri, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Ketua Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah, Dr Masitah Esa serta kakitangan dan pegawai YADIM yang lain.

Selain membicarakan tentang karya  tersebut, Said turut mengambil peluang menjemput YADIM ke Istanbul, Turki sebagai kunjungan balas, untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai kerjasama yang boleh dijalin antara pihaknya dengan YADIM.

Nik Omar dalam ucapan aluannya berkata, walaupun ringkas namun beliau yakin pertemuan kedua pihak itu memberikan kesan yang baik.

“Kita semua tahu Turki sebuah negara yang telah pesat membangun, baik deri segi kepimpinannya, serta juga sahsiah masyarakatnya sendiri. Seperti sedia maklum kisah Sultan Mohamad Al Fateh memberi inspirasi kepada masyarakat Islam seluruhnya,”ujar beliau.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *