Pulau Pinang bina hospital konsep zakat, wakaf

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pembinaan hospital Islam berkonsepkan wakaf dan zakat yang pertama di wilayah utara. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) itu akan dibina di Bayan Baru di sini, dengan kos keseluruhan RM250 juta. Pembinaan hospital dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau […]

MAIWP sasar RM710 juta kutipan zakat tahun ini

KUALA LUMPUR –  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM710 juta tahun ini berbanding RM650 juta tahun lalu, yakni kutipan tertinggi berbanding lain-lain negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kutipan zakat yang tinggi itu menuntut MAIWP untuk bekerja keras dan lebih proaktif dalam mengagihkannya, yang […]

Badan pemikir, aktivis gesa PTPTN jelaskan sumbangan zakat RM1 juta

PETALING JAYA – Sebuah badan pemikir menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjelaskan sumbangan RM1 juta kepada Lembaga Zakat Kedah kerana bimbang dengan tanggapan konflik kepentingan. Ini kerana, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berasal dari Kedah dan bertanding di kerusi Parlimen Pendang pada pilihan raya […]

Saya lebih percaya Lembaga zakat

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan berkata pembayaran zakat yang dibuat oleh institusi itu selepas mendapat nasihat lembaga zakat. Beliau menjawab kritikan bahawa pembayaran tersebut tidak perlu dibuat memandangkan PTPTN bukan sebuah perniagaan dan malah kini menanggung hutang. Wan Saiful berkata beliau tidak berminat untuk mempolitikkan isu pembayaran zakat PTPTN. […]

USIM perkenal anugerah khas untuk graduan penerima zakat

SEREMBAN – Buat julung-julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai di sini memperkenalkan Anugerah Khas Daya Cemerlang dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 universiti itu selama tiga hari yang berakhir hari ini. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, anugerah khas itu bertujuan mengiktiraf penerima zakat dalam […]

Kewajipan menunaikan zakat kepada institusi zakat

SEBELUM zakat ditadbir dan diurus secara lebih sistematik oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada kadar nisab, haul dan had kifayah sebagaimana yang diamalkan sekarang, negara Islam Madinah bergantung sepenuhnya kepada sumber as-sadaqat (sedekah, sumbangan sukarela) bagi membiayai pentadbiran dan operasinya. Kewajipan Menunaikan Zakat Baginda SAW pernah memerintahkan beberapa orang sahabatnya untuk keluar memungut as-sadaqat, bagi menampung […]

Hakikat perbezaan taraf hidup

ISLAM adalah agama yang cukup realistik dan sesuai dengan fitrah manusia. Sebab itulah sistem Islam mengiktiraf kewujudan perbezaan taraf ekonomi antara yang kaya dan miskin. Firman ALLAH: ALLAH melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki (An-Nahl:71). Kewujudan perbezaan tahap rezeki dan status ekonomi yang dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat pastilah mempunyai hikmahnya […]