Home » Langit Terbuka » MAIWP sasar RM710 juta kutipan zakat tahun ini

MAIWP sasar RM710 juta kutipan zakat tahun ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kutipan zakat yang tinggi itu menuntut MAIWP untuk bekerja keras dan lebih proaktif dalam mengagihkannya. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR –  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan kutipan zakat RM710 juta tahun ini berbanding RM650 juta tahun lalu, yakni kutipan tertinggi berbanding lain-lain negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kutipan zakat yang tinggi itu menuntut MAIWP untuk bekerja keras dan lebih proaktif dalam mengagihkannya, yang menyaksikan majlis itu melaksanakan pelbagai program bagi menjayakan hasrat itu.

“Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MAIWP tahun ini adalah untuk mengurangkan kemiskinan kalangan asnaf antara dua hingga empat peratus setahun,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di majlis makan malam bersama dengan Duta Besar negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh MAIWP sebagai platform bagi meningkatkan kerjasama dan saling bertukar pandangan serta pengalaman terutama dalam agenda pengurusan Islam di kalangan perwakilan negara-negara anggota OIC.

Turut hadir ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Hatta Md Ramli; Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee dan duta besar dari negara-negara anggota OIC. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *