Home » Citra Yadim » “Tak apa, saya pasrah.”

“Tak apa, saya pasrah.”

SIDAM KIRI – Wajib seorang ketua keluarga untuk melaksanakan tanggungjawabnya mencari rezeki dan memberi nafkah kepada keluarganya.

Namun apakan daya kadangkala takdir dan perancangan Allah menentukan segalanya.

Zaini Abd. Aziz dari Sidam Kiri di sini diserang barah tulang tiga tahun lalu. Akibatnya dia terpaksa merelakan kakinya dipotong untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Sejak dari itu, ayah kepada seorang anak ini mengalami kesukaran untuk keluar bekerja mencari rezeki.

“Tiga tahun sudah berlalu, untuk elakkan jangkitan kuman, saya pasrah mengambil keputusan tersebut. Ketika di hospital bila sedar sahaja, kaki kiri sudah tiada, tak apa, yang penting hidup untuk keluarga perlu diteruskan,” ujarnya.

Zaini merupakan salah seorang yang disantuni YADIM di sini pada 1 Ogos.

Seramai 18 keluarga disantuni Sukarelawan YADIM Sungai Petani dalam program ini. Kebanyakkannya merupakan  Orang Kelainan Upaya dan ibu tunggal di Kampung Sidam Kiri dan Kampung Alor Bemban.

Turut bersama kakitangan YADIM Kedah dan wakil penduduk.

Turut menerima sumbangan ialah  Pusat Tahfiz Ulul Qura Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda.

Mereka menerima 10 pek keperluan dapur.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *