Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa hakikat budi pekerti itu ialah perilaku yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan-perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan. Jika yang terbit dari perilaku itu perbuatan yang elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka ia dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya jika yang terbit pula perbuatan yang jahat sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.
Antara budi pekerti yang jahat itu adalah takabbur. Takabbur membawa maksud melihat diri mengatasi orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang melihat dirinya dengan pandangan hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak sehebat dan setaraf dengannya. Orang ini akan melihat kebenaran itu sebagai sesuatu yang mencabar kedudukannya dan memperkecilkan statusnya.
Punca-punca takabbur, antaranya :-
- Bersifat ujub.
Seseorang tidak bersifat takabbur elainkan setelah dia merasa ujub dengan dirinya sendiri dan melihat dirinya lebih dari orang lain.Penyakit ujub boleh membinasakan seseorang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Tiga perkara yang membinasakan iaitu sikap bakhil yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan seseorang merasa ujub dengan dirinya sendiri.
- Memperkecilkan orang lain
Orang yang tidak memperkecilkan orang lain tidak akan menunjukkan sikap takabbur terhadap mereka.Sebaliknya hanya orang yang yang memperkecilkan dan memperlekehka mereka sahaja yang akan dihinggapi penyakit takabbur.
- Cintakan kemegahan dan ketinggian.
Orang yang cintakan kemegahan dan ketinggian akan udah terjerumus ke lembah penyakit takabbur dan sombong.
- Mengikut hawa nafsu
Takabur muncul dari mengikut hawa nafsu kerana hawa nafsu menyeru kea rah bermegah-megah dan meninggi diri di muka bumi.
Bencana yang dibawa oleh penyakit takabbur adalah amat besar akibatnya kepada Islam, Negara dan juga masyarakat. Pnyakit ini bukan sahaja memusnahkan golongan yang memerintah, bahkan juga pernah merosakkan para ulama dan ahli-ahli ibadah.
Sumber: Timbalan Mufti Negeri Selangor



KOMEN