Home » Langit Terbuka » Tangani isu anak luar nikah secara holistik

Tangani isu anak luar nikah secara holistik

PASIR PUTEH 14 Sept. : Kerajaan mahukan mekanisme merawat keluarga bermasalah dilaksanakan secara holistik dalam usaha membendung gejala sosial khususnya isu anak luar nikah di negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Islam (MPI) pada awal tahun ini bagi menyelesaikan pelbagai masalah sosial negara.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan jawatankuasa berkenaan bersama pakar pelbagai agensi dan sektor serta dari universiti, berunding mengenal pasti masalah dan mencari langkah penyelesaian lebih berkesan.

“Ahmad Zahid mahukan pakar pelbagai agensi, sektor dan universiti berbincang mencari punca sebenar serta langkah penyelesaian.

“Muzakarah jawatankuasa MPI akan diadakan pada Disember ini dan kita tidak mahu merawat masalah sosial hanya di peringkat luaran, tetapi secara lebih holistik,” katanya ditemui selepas melawat keluarga miskin, di Kampung Wakaf Raja, Gaal, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas BH, semalam berhubung isu anak luar nikah yang semakin membimbangkan.

Asyraf Wajdi berkata, pada masa ini, kerajaan mengakui masalah anak luar nikah yang berlaku di seluruh negara perlu ditangani secara serius.

“Saya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial Negara tidak mahu melihat isu ini di peringkat luaran sahaja.

“Kita mahu mencari punca sebenar dan belum boleh membuat sebarang kesimpulan, sebaliknya menunggu muzakarah dulu sama ada ia disebabkan faktor kekeluargaan atau pendidikan kita masih longgar,” katanya

  • https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *