Home » Citra Yadim » Tazkirah Ramadan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Selamat SeRITAB

Tazkirah Ramadan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Selamat SeRITAB

JENGKA – YADIM Pahang memenuhi jemputan tazkirah Ramadan dan iftar jamaie anjuran Institut Tahfiz Turath Al-Banna (SeRITAB) di sini pada 29 April.
Program ini dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran, tahlil dan doa selamat serta

tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok.

Ustaz Mohamad Hazmi di dalam tazkirahnya berkongsi tentang pentingnya penghayatan dan hati yang khusu’ dalam segenap urusan, tidak hanya semata-mata terhenti pada pengetahuan.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru para pelajar agar nantinya meningkatkan ilmu berkaitan Al-Quran dan agama Islam setelah tamat menghafaz Al-Quran serta melaksana, menjunjung dan memperjuangkan tuntutan Al-Quran.

Turut bersama ialah Pengerusi SeRITAB, Ustaz Aireroshairi Roslan dan penasihatnya Tuan Guru Ahmad Nafiri Toazi. Program kemudiannya diteruskan dengan iftar jamaie sehingga solat tarawih berjamaah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *