Home » Langit Terbuka » Terap Ilmu Keusahawanan Kepada Pelajar Tahfiz, Madrasah – Maszlee

Terap Ilmu Keusahawanan Kepada Pelajar Tahfiz, Madrasah – Maszlee

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengimamkan solat Maghrib pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di SMK Putrajaya Presint 11.

PUTRAJAYA – Pelajar tahfiz akan turut didedahkan dengan ilmu keusahawanan bagi memberi nilai tambah kepada mereka selepas tamat pengajian, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Kita tidak nafikan pelajar tahfiz ini apabila mereka habis belajar kebanyakannya akan menjadi imam dan bidang sealiran dengannya, namun mereka juga perlu diberikan nilai tambah untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

“Sekarang merupakan peluang terbaik untuk kita seimbangkan kemahiran pelajar tahfiz ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di sini hari ini.

Maszlee menarik perhatian bahawa perkara itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada mesyuarat Kabinet hari ini, mengingatkan kementerian supaya memberi tumpuan kepada pendidikan keusahawanan dan perniagaan dalam talian kepada pelajar sekolah.

Beliau berkata pihaknya juga mempunyai projek baharu melibatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) untuk pelajar tahfiz di kolej komuniti di seluruh negara. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *