Home » Langit Terbuka » Terima kasih Raja Salman: Najib

Terima kasih Raja Salman: Najib

SHAH ALAM 2 Mac- Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak meluahkan perhargaannya kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz A-Saud di atas kunjungannya ke Malaysia selama empat hari.

Menurutnya, kunjungan tersebut satu peristiwa bersejarah dan amat bermakna  serta merapatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

“Terima kasih Raja Salman, sepanjang kunjungan, banyak yang berjaya kita kecapi namun yang paling utama ialah hubungan kedua-dua negara semakin akrab.

“Ini  merupakan lawatan yang bersejarah dan penuh bermakna,” tulis Najib di laman Facebook miliknya.

Raja Salman datang untuk lawatan negara,selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Kunjungan Raja Salman ke negara turut menyaksikan perancangan Arab Saudi dalam meningkatkan jumlah pemberian biasiswa  penuh buat pelajar Malaysia ke negara itu di mana ia akan memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat negara ini untuk menyambung pelajaran.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *