Home » Langit Terbuka » Tiada akta khas berkaitan doula – Hilmi

Tiada akta khas berkaitan doula – Hilmi

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya

BALIK PULAU 23 Feb. – Tiada sebarang akta khas akan diperkenalkan bagi menyekat penggunaan perkhidmatan ‘doula’ atau ‘peneman bersalin’ buat masa ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pada masa yang sama, pihaknya juga tidak pernah membenarkan perkhidmatan tersebut dilaksanakan di negara ini.

Katanya, ketika ini, semua kemudahan untuk bersalin termasuk hospital dan pusat kelahiran mempunyai kelengkapan diperlukan termasuk kakitangan yang terlatih.

“Jadi, saya tidak faham mengapa kita perlu ambil risiko bersalin cara ini. Nak kata tak sakit, sakit juga.

“Malah, risiko untuk anak itu lemas adalah lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Dr. Hilmi, pihaknya belum menerima sebarang laporan terbaharu berhubung penularan kes itu sejak lebih seminggu yang lalu.

Dalam kejadian di Johor baru-baru ini, seorang bayi yang dilahirkan dengan menggunakan perkhidmatan doula didakwa telah meninggal dunia.

Polis bagaimanapun mengesahkan kematian bayi berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan perkhidmatan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *