Home » Langit Terbuka » Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Pengguna Domestik Sehingga Enam Bulan Akan Datang

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Pengguna Domestik Sehingga Enam Bulan Akan Datang

Kerajaan membelanjakan RM114 juta agar 81.7 peratus semua pengguna elektrik tidak perlu membayar surcaj elektrik.

PUTRAJAYA – Pengguna domestik tidak akan membayar kenaikan tarif elektrik bagi tempoh enam bulan akan datang kerana ia akan diberikan subsidi oleh kerajaan, kata Yeo Bee Yin.

“Kerajaan membelanjakan RM114 juta agar 81.7 peratus semua pengguna elektrik tidak perlu membayar surcaj elektrik.

“Jadi kalau anda melihat kepada bil elektrik, tiada surcaj, ia akan jadi kosong kerana kerajaan bayar untuk anda,” kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu.

Bee Yin berkata demikian ketika mengulas komen Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada minggu lalu yang berkata kenaikan tarif elektrik boleh ‘membunuh’ usaha Pakatan Harapan untuk merendahkan kos sara diri.

Kata Bee Yin, Rafizi salah faham dan pengguna komersial voltan rendah akan mengalami kesan kecil daripada kenaikan tarif tersebut.

“Bagi 1.1 juta pengguna komersial voltan rendah, kesan surcaj ditolak dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (GST) hanyalah kurang daripada 70 sen.

“Kalau kedai mamak kata bil elektrik mereka naik, dan kerana itu harga nasi lemak terpaksa dinaikkan, jangan percaya mereka.

“Anda boleh buat laporan tentang kenaikan harga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” kata Bee Yin sambil menambah bahawa beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu di Parlimen pada minggu depan. – MSTAR ONLINE

https://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/12/subsidi-tarif-elektrik/

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *