Home » Langit Terbuka » Tiada keperluan pinda had minimum perkahwinan perempuan

Tiada keperluan pinda had minimum perkahwinan perempuan

Menteri di Jabatan P:erdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diterima, kebanyakan negeri secara dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing. - Foto MalaysiaNow.com

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad.

Beliau berkata, hal itu ditetapkan dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bil. 1/2021 pada 22 September lalu, setelah mengambil kira pandangan daripada negeri.

“Berdasarkan maklum balas dan pandangan yang diterima, kebanyakan negeri secara dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang keluarga Islam negeri masing-masing,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada 16 Disember.

Idris berkata, kerajaan sudah mengambil langkah meneliti dan mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

Kajian itu termasuk membentangkan cadangan tersebut dalam pelbagai forum yang melibatkan negeri seperti Majlis Dialog Undang-Undang dan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil memandangkan kuasa perundangan berkaitan perkahwinan orang Islam merupakan bidang kuasa negeri.

Selain itu, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) Permohonan Perkahwinan Bawah Umur melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Bilangan 1 Tahun 2018 yang berkuat kuasa pada 28 September 2018.

Berdasarkan statistik JKSM, jumlah kelulusan permohonan kahwin bawah umur orang Islam selepas tiga tahun pelaksanaan SOP itu menyaksikan pengurangan apabila 2,098 permohonan diluluskan dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober lalu, berbanding 2,885 dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018. – BERNAMA

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *