Home » Langit Terbuka » Tiada keperluan tubuh RCI Tabung Haji

Tiada keperluan tubuh RCI Tabung Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat Tabung haji kerana kerajaan komited memulihkannya. - Foto You Tube

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kelemahan yang berlaku terhadap institusi kewangan itu amat jelas.

“RCI ini perlu dibuat jika ada perkara yang tak jelas dan banyak perkara misteri dalam Tabung Haji.

“Tapi tiada yang misteri.“Ini satu benda yang jelas, kerana itu kerajaan memberikan komitmen memulihkan Tabung Haji menerusi peruntukan RM17.8 bilion, jadi apa gunanya ditubuhkan RCI,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, desakan untuk menubuhkan RCI hanya untuk menutup kesilapan urus tadbir Tabung Haji yang lalu.

“Apa guna RCI lagi melainkan mereka hanya nak tutup kelemahan yang telah dibuat dan kita telah pulihkan dalam tempoh enam bulan.

“Mungkin kerana nak tutup itu, maka timbulkan isu buat RCI,” katanya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *