Home » Langit Terbuka » Tidak iktiraf Syiah

Tidak iktiraf Syiah

menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihakanya menerima maklumat mengenai kempen pemberian kuih donat secara percuma yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah, dan akan mengadakan satu pertemuan dengan Ja­batan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan untuk tidak mengiktiraf fahaman Syiah sebagai satu daripada sektor ajaran Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, menurut fatwa yang telah diwartakan, Syiah adalah satu fahaman yang tidak diiktiraf.

“Saya telah menerima maklumat mengenai kempen pemberian kuih donat secara percuma yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyebaran fahaman Syiah berlaku semalam.

“Kita akan mengadakan satu pertemuan dengan Ja­batan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di­temui pemberita se­lepas merasmikan program Seminar Kebangsaan: Isu dan Cabaran Dalam Hubungan Masyarakat Majmuk di Malaysia yang berlangsung di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini .

Sementara itu, Pengarah Jawi, Mohd, Ajib Ismail berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan berterusan selepas menerima aduan daripada orang ramai melalui laman sosial semalam.

Menurut Mohd. Ajib, berdasarkan keputusan fatwa oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak.

“Jadi penyebaran ajaran lain selain ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada penganut agama Islam di Wilayah Persekutuan adalah dilarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Ajib berkata, pihaknya memohon pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyebaran fahaman Syiah untuk memberi maklumat kepada Jawi bagi tindakan lanjut. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *