Home » Langit Terbuka » Tidak semestinya ikut negara Islam lain ratifikasi ICERD

Tidak semestinya ikut negara Islam lain ratifikasi ICERD

Mufti Wilayah Persekutuan berkata, sejarah, adat dan budaya Malaysia berbeza berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu

KUALA LUMPUR – Beberapa negara Islam lain yang turut meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak harus dijadikan alasan bahawa Malaysia perlu meniru langkah sama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana sejarah, adat dan budaya kebiasaan antara Malaysia berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu adalah berbeza.

Malah katanya, ada negara meratifikasi ICERD tetapi tidak semestinya memenuhi segala perkara dalam konvensyen tersebut seperti Israel.

“Kami menghormati keputusan negara-negara Islam seperti Palestin dan Arab Saudi yang menandatangani konvensyen tersebut kerana mereka lebih mengetahui konteks maslahah dan mafsadah (memberikan kebaikan dan menghalang keburukan) di negara mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan ICERD tidak akan diratifikasi, dan sebaliknya akan terus mempertahankan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Zulkifli menegaskan ICERD tidak perlu dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, kerana kemudaratannya dikhuatiri lebih besar.

Beliau turut memberikan beberapa sebab mengapa konvensyen itu tidak perlu ditandatangani, antaranya ICERD akan dilihat mendahului kuasa dan kedudukan Majlis Raja-Raja dan membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu katanya, ratifikasi ICERD juga membolehkan mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan keistimewaan terhadap agama Islam.-Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *