Home » Langit Terbuka » Tindakan tegas sebar doktrin Syiah

Tindakan tegas sebar doktrin Syiah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak meratifikasi ICERD, maka semua kebimbangan tidak terpakai lagi seperti kedudukan Melayu-Islam dan Raja-raja Melayu - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Kerajaan peka dan memandang serius penyebaran mana-mana doktrin yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk fahaman Syiah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Mengakui ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini disusuli dengan fatwa pengharaman Syiah di 13 negeri di Malaysia dan diwartakan serta boleh digunakan untuk mengambil tindakan ke atas pengikut Syiah.

“Dengan demikian, penyebaran apa-apa yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) yang ingin mengetahui usaha kerajaan menyekat perkembangan ajaran Syiah di negara ini.

Mujahid berkata, di Wilayah Persekutuan, pelanggaran terhadap fatwa yang diwartakan berkaitan pengaruh Syiah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559 berkaitan kesalahan akidah.

“Kerajaan sentiasa profesional dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang dituduh terbabit dengan ajaran Syiah.

“Tindakan boleh diambil oleh Jabatan Agama Islam berasaskan akta atau Enekmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *